Monday, 23 January 2017

Seminar Teknik Killer Langsai Hutang Rumah 10 Tahun

Seminar Teknik Killer Langsai Hutang Rumah 10 Tahun oleh Tuan Aziz Ahmad


11 Feb 2017 | 8:30 AM – 1:00 PM | PKNS Bizpoint, 67, Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7, Shah Alam


ANDA PATUT TAHU INI JIKA
( ✘) Anda tak tahan kos sara hidup makin hari makin meningkat
( ✘) Anda tertekan dengan hutang keliling pinggang
( ✘) Sebahagian BESAR duit gaji anda dibelanjakan untuk membayar hutang rumah
( ✘) Dah bayar hutang rumah berpuluh Ribu RM tapi baki pinjaman macam tak luak aje
( ✘) Dah letih tengok duit gaji anda terbakar setiap bulan nak bayar hutang rumah
JANGAN RISAU !
Jangan biarkan masalah-masalah ini menghantui anda. Setiap masalah ada penyelesaiannya.
Seminar yang bakal membuka mata anda dan melihat sendiri ke mana perginya duit yang anda bayar setiap bulan. Ianya bakal membuatkan anda menguasai TEKNIK KILLER LANGSAI HUTANG RUMAH dalam masa 10 tahun sahaja dan menjimatkan faedah pinjaman sehingga RM300 Ribu.
Teknik yang sangat mudah sehinggakan anda sendiri pun tak percaya ianya berada di depan mata anda selama ini. Cuma anda sahaja yang tak tahu sebab tak ada orang lain yang bagitau. Lebih 2,000 orang sudah tahu teknik ini. Kini giliran anda pula














Sunday, 22 January 2017

GERAN OH GERAN DI MANA DIKAU



GERAN OH GERAN DI MANA DIKAU ??

Sebagai Perunding Hartanah, Geran dan SPA adalah dokumen yang utama yang perlu kami lihat sebelum kami dapat membantu sesuatu urusan jual beli hartanah (SUBSALE).

Banyak reaksi dari pemilik hartanah yang tidak mengetahui kewujudan GERAN tersebut. Ramai beranggapan GERAN ada di bank kerana mereka membuat pinjaman perumahan.

Sebenarnya anda boleh mendapatkan geran tersebut melalui
1) LAWYER yang menguruskan urusan jualbeli hartanah anda dahulu
2) Developer Office / Liquidator Office

Bagi geran yang sudah lengkap proses pertukaran hakmilik (STRATA / INDIVIDU Title), proses agak mudah namun bagi geran yang masih belum lengkap proses pertukaran hakmilik, anda mungkin memerlukan seorang LAWYER untuk mendapatkannya kerana ada developer / liquidator hanya akan berhubung melalui perantara PEGUAM sahaja.

Dari :
AZMAH ABDULLAH SANI
REN NO 12780
PERUNDING HARTANAH
RESCOM REALTY
H/P : 019-6760927

Dokumen Penting Untuk Pemilik Hartanah


Salam Ceria dan Salam Bahagia untuk para pembaca semua,

TOPIK KITA HARI INI ADALAH DOKUMEN PENTING UNTUK PEMILIK HARTANAH

Jika anda merupakan pemilik hartanah yang berhasrat ingin melupuskan hartanah yang anda miliki dalam erti kata bahasa biasa MENJUAL HARTANAH anda, pastikan dokumen penting yang berkaitan dengan hartanah tersebut telah sedia ada.

Ini adalah untuk memastikan perjalanan urusan jual beli hartanah anda nanti berjalan lancar dan dapat mengurangkan tempoh masa urusan itu sendiri.

1) GERAN - pastikan geran terkini ada pada anda. Geran perlu untuk mengenalpasti kesahihan pemilikan terhadap sesuatu hartanah. Contohnya FREEHOLD / LEASEHOLD / sekatan - sekatan dan maklumat pemilikan terkini.

2) SPA (Surat Ikatan Jual Beli) jika anda membeli melalui developer atau subsale atau Proclamation Of Sales jika anda membeli melalui Lelongan / Auction

3) CF / CCC - sijil layak menduduki sesuatu bangunan

4) Surat PA (Power Of Attorney) jika anda merupakan pemegang PA kepada hartanah tersebut.

5) Grant Of Probate jika anda telah mendapat perintah mahkamah untuk mewarisi hartanah (Kes kematian pemilik).

Jika ada dokumen anda masih belum lengkap, cepat - cepat dapatkannya.


Dari :
AZMAH ABDULLAH SANI
REN NO 12780
PERUNDING HARTANAH
RESCOM REALTY
H/P : 019-6760927