Sunday, 22 January 2017

Dokumen Penting Untuk Pemilik Hartanah


Salam Ceria dan Salam Bahagia untuk para pembaca semua,

TOPIK KITA HARI INI ADALAH DOKUMEN PENTING UNTUK PEMILIK HARTANAH

Jika anda merupakan pemilik hartanah yang berhasrat ingin melupuskan hartanah yang anda miliki dalam erti kata bahasa biasa MENJUAL HARTANAH anda, pastikan dokumen penting yang berkaitan dengan hartanah tersebut telah sedia ada.

Ini adalah untuk memastikan perjalanan urusan jual beli hartanah anda nanti berjalan lancar dan dapat mengurangkan tempoh masa urusan itu sendiri.

1) GERAN - pastikan geran terkini ada pada anda. Geran perlu untuk mengenalpasti kesahihan pemilikan terhadap sesuatu hartanah. Contohnya FREEHOLD / LEASEHOLD / sekatan - sekatan dan maklumat pemilikan terkini.

2) SPA (Surat Ikatan Jual Beli) jika anda membeli melalui developer atau subsale atau Proclamation Of Sales jika anda membeli melalui Lelongan / Auction

3) CF / CCC - sijil layak menduduki sesuatu bangunan

4) Surat PA (Power Of Attorney) jika anda merupakan pemegang PA kepada hartanah tersebut.

5) Grant Of Probate jika anda telah mendapat perintah mahkamah untuk mewarisi hartanah (Kes kematian pemilik).

Jika ada dokumen anda masih belum lengkap, cepat - cepat dapatkannya.


Dari :
AZMAH ABDULLAH SANI
REN NO 12780
PERUNDING HARTANAH
RESCOM REALTY
H/P : 019-6760927

No comments:

Post a Comment